MESYUARAT KE-17 PERSIDANGAN AHLI-AHLI PARTI KEPADA PERJANJIAN
ASEAN MENGENAI PENCEMARAN JEREBU MERENTAS SEMPADAN
(COP-17)
20 OKTOBER 2022, SINGAPURA
1. Mesyuarat Ke-17 Persidangan Ahli-Ahli Parti Kepada Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (COP-17) telah diadakan pada 20 Oktober 2022 di Singapura. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Menteri, pegawai dan/atau wakil alam sekitar, tanah, kebakaran hutan dan jerebu, dari Negara Anggota ASEAN, dan juga dihadiri oleh Setiausaha Agung Sekretariat ASEAN, dan Mesyuarat di pengerusikan oleh Puan Yang Terutama Grace Fu, Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar Singapura. Mesyuarat ke-17 Jawatankuasa di bawah Persidangan Ahli-Ahli kepada Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan (COM-17) telah terlebih dahulu diadakan.
2. Negara Brunei Darussalam telah diketuai oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Yang Mulia Dr Nor Imtihan binti Haji Abd Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan dan Pegawai-Pegawai Kanan dari Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi.
3. Mesyuarat mengambil maklum mengenai kajian dan tinjauan keadaan cuaca dan jerebu asap yang dilaporkan oleh Pusat Meteorologi Khas ASEAN, ASEAN Specialised Meteorological Centre, (ASMC). Di sub-wilayah Mekong, tempoh cuaca kering yang berpanjangan antara Januari dan April 2022 menyumbang kepada peningkatan aktiviti titik panas dan asap jerebu. Keadaan bertambah buruk pada awal hingga pertengahan April 2022. Walaubagaimanapun, dengan turunan hujan yang berlaku pada akhir bulan April telah mengurangkan kejadian titik panas di kawasan tersebut. Jumlah keseluruhan titik panas di sub-wilayah Mekong adalah sekitar 23% pada 2022 iaitu lebih rendah berbanding 2021 antara Januari dan September. Turunan hujan lebih banyak didapati dari biasa di banyak bahagian kawasan selatan ASEAN semasa musim kemarau. Tempoh keadaan kering yang sering terjadi pada awal hingga pertengahan Ogos 2022 telah membawa kepada peningkatan kawasan panas dan asap jerebu. Walau bagaimanapun, risiko jerebu rentas sempadan kekal rendah bagi rantau ASEAN Selatan. Kiraan keseluruhan jumlah titik panas bagi rantau ASEAN Selatan adalah sekitar 12% pada 2022, lebih rendah berbanding 2021 antara Januari dan September. Bermula pertengahan bulan Oktober hingga hujung tahun ini, keadaan La Niña diramalkan berterusan dan fasa negatif IOD dijangka lemah. Aktiviti titik panas dijangka meningkat di sub-wilayah Mekong dengan bermulanya musim kemarau tradisi pada bulan Disember 2022. Mesyuarat COP ke 17 juga menyatakan inisiatif ASMC dalam memajukan keupayaan menggunakan remote sensing dan sistem haze dispersion modelling bagi memantau dan menilai kebakaran dan keadaan jerebu. ASMC memaklumkan kepada Mesyuarat bahawa Program Pembinaan Keupayaan Serantau ASMC akan dilanjutkan selama 5 tahun lagi sehingga 2027, dengan program baharu seperti program latihan di ASMC.
4. Yang Berhormat, Menteri Pembangunan berkongsi bahawa Negara Brunei Darussalam mengalami kualiti udara yang baik tanpa asap jerebu rentas sempadan secara berterusan sepanjang tahun lalu. Akan tetapi, disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak menentu dari kesan perubahan iklim, Negara-Negara Anggota ASEAN perlu bersedia untuk menghadapi kemungkinan kerana perubahan iklim adalah nyata dan telah menunjukkan impak yang jelas. Ini termasuk meningkatkan usaha di peringkat kebangsaan dan serantau untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh mengakibatkan pencemaran jerebu rentas sempadan.
5. Mesyuarat mengambil maklum maklumat yang dilaporkan oleh Negara Malaysia mengenai penambahbaikan Sistem Penarafan Bahaya Kebakaran Asia Tenggara (SEA FDRS) yang terdiri daripada tiga elemen: (i) peningkatan bilangan stesen cuaca (ii) menambahbaik kod bahaya kebakaran bagi utara Asia Tenggara; dan (iii) simulasi ramalan 7 hari. Mesyuarat selanjutnya mengambil maklum mengenai hasrat Malaysia untuk terus memperhalusi SEA FDRS dan menggalakkan penggunaan terhadap penambahbaikan baharu tersebut.
6. Mesyuarat merakamkan penghargaan atas pelbagai inisiatif dan tindakan yang dijalankan oleh Negara Anggota ASEAN dan usaha berterusan dalam mengukuhkan keupayaan negara untuk tindakan dan kerjasama serantau dalam penilaian, pencegahan, mitigasi dan pengurusan kebakaran lahan dan/atau hutan serta jerebu. Mesyuarat tersebut menekankan bahawa walaupun La Nina telah mengakibatkan pencemaran jerebu merentas sempadan yang sederhana pada tahun lalu, Mesyuarat menyedari bahawa peningkatan ancaman daripada perubahan iklim, seperti kemarau yang lebih kerap atau berpanjangan dan kejadian cuaca ekstrem lain, akan menimbulkan cabaran alam sekitar di seluruh rantau ini. Mesyuarat bersetuju tentang kepentingan mengambil tindakan tegas untuk meningkatkan kewaspadaan, langkah pencegahan, dan prosedur pemadaman kebakaran yang cepat untuk mengurangkan kebakaran lahan dan hutan serta
mengurangkan kejadian jerebu rentas sempadan semasa tempoh cuaca kering.
7. Mesyuarat mengesahkan komitmen dari negara-negara parti ke arah pelaksanaan yang berkesan terhadap Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan, The ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution (AATHP) serta menyediakan Peta Jalan baharu Kerjasama ASEAN ke arah Kawalan Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan (Peta Jalan Bebas Jerebu), Roadmap on ASEAN Cooperation towards Transboundary Haze Pollution Control with Means of Implementation (Haze-free Roadmap) 2022-2030 dan Strategi Pengurusan Tanah Gambut ASEAN baharu, ASEAN Peatland Management Strategy (APMS) 2022-2030. Mesyuarat berharap untuk memperkukuh dan mempergiatkan lagi usaha kerjasama di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa melalui penggunaan Pelan Hala Tuju Bebas Jerebu dan APMS baharu untuk menangani secara menyeluruh punca pencemaran jerebu rentas sempadan dan meneruskan konteks menyeluruh bagi pembangunan yang berdaya tahan di rantau ini.
8. Mesyuarat tersebut mengambil maklum mengenai Pasukan Petugas ASEAN Tanah Gambut, ASEAN Task Force on Peatlands (ATFP) dan Jawatankuasa di bawah Persidangan Ahli-Ahli Parti Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan (COM) untuk memanfaatkan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan. Mesyuarat juga menekankan bahawa beberapa cabaran pencemaran jerebu merentas sempadan boleh ditangani dengan lebih baik dengan dengan tahap komitmen dan pelaburan yang lebih tinggi. Mesyuarat mengalu-alukan pembangunan Rangka Kerja Pelaburan untuk Bebas Jerebu, Pengurusan Tanah Yang Berdaya Tahan di Asia Tenggara dan mengutamakan tindakan peringkat kebangsaan dan serantau mengenai pengurangan jerebu dan membolehkan aliran dana dan peluang untuk pembangunan program dan projek bersama di kalangan Negara Anggota ASEAN dan pihak berkepentingan lain.
9. Mesyuarat menantikan penyelesaian terhadap Perjanjian Penubuhan dan Perjanjian Negara Tuan Rumah bagi Pusat Penyelaras ASEAN bagi Kawalan Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan, the ASEAN Coordinating Centre for Transboundary Haze Pollution Control (ACC THPC) dan operasi pusat tersebut di Indonesia. Mesyuarat menggariskan bahawa ACC THPC yang lengkap akan membantu untuk melaksanakan penyelarasan dan pelaksanaan yang lebih pantas dan berkesan bagi semua aspek di bawah AATHP dengan semua pihak yang berkaitan, termasuk melalui penyelarasan yang berkesan bagi menangani masalah pencemaran jerebu rentas sempadan, dan menggalakkan pengurusan hutan lestari dan pemuliharaan tanah gambut. Mesyuarat juga mengiktiraf sumbangan Interim ACC THPC, termasuk mengenai penyatuan dan analisis data pemantauan jerebu negara sementara menunggu penubuhan ACC THPC.
10. Mesyuarat menghargai kerjasama dengan pelbagai rakan kongsi dalam melaksanakan program jangka panjang iaitu: Penggunaan Lestari Tanah Gambut dan Pengurangan Jerebu di ASEAN, Sustainable Use of Peatland and Haze Mitigation in ASEAN (SUPA) dan Measurable Action for Haze-Free Sustainable Land Management in Southeast Asia (MAHFSA). Mesyuarat menggariskan keperluan perkongsian dengan Rakan Kongsi ASEAN dan pihak luar lain yang berterusan untuk memudahkan pencegahan, pemantauan, kesiapsiagaan dan tindak balas yang lebih baik terhadap lahan dan/atau kebakaran hutan melalui rangka kerja kerjasama peringkat tempatan, kebangsaan dan serantau yang kukuh.
11. Mesyuarat mengambil maklum mengenai laporan Jawatankuasa Pandu Peringkat Menteri bagi Sub-Regional Ministerial Steering Committee on Transboundary Haze Pollution (MSC) dan the Sub-Regional Ministerial Steering Committee on Transboundary Haze Pollution in the Mekong Sub-Region (MSC Mekong) dalam mengesahkan komitmen yang perlu dilaksanakan oleh negaranegara anggota untuk membuat persiapan bagi menghadapi musim kemarau yang akan datang dan menangani isu berkaitan jerebu yang berlaku di sub-rantau masing-masing.
12. Mesyuarat Ke-18 Persidangan Ahli-Ahli Parti Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan akan diadakan pada 2023 di Laos PDR, sejurus selepas Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Alam Sekitar ke-17.
_________________
SEVENTEENTH MEETING OF THE CONFERENCE OF THE PARTIES TO THE
ASEAN AGREEMENT ON TRANSBOUNDARY HAZE POLLUTION
20 OCTOBER 2022, SINGAPORE
1. The 17th Meeting of the Conference of the Parties to the ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution (COP-17) was held on 20 October 2022 in Singapore. The Meeting was attended by Ministers, officials and/or representatives for the environment, for land, forest fires and haze, from ASEAN Member States, and the Secretary-General of ASEAN Secretariat, under the Chairpersonship of H.E. Grace Fu, Minister for Sustainability and the Environment Singapore. The 17th Meeting of the Committee under Conference of the Parties to the ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution (COM-17) preceded the Meeting.
2. Brunei Darussalam’s delegation was led by Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Minister of Development. The meeting was also attended by Yang Mulia Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Permanent Secretary (Planning, Land Use and Environment), Ministry of Development and Senior Officials from the Department of Environment, Parks and Recreation.
3. The Meeting noted the review and outlook of weather and smoke haze situation presented by the ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC). In the Mekong sub-region, the extended period of dry weather between January and April 2022 contributed to an increase in hotspot and smoke haze activities. The situation intensified in early to mid-April 2022. However, the situation improved in end April when shower activities resumed. Overall hotspot count for the Mekong sub-region was around 23% lower in 2022 compared to 2021 between January and September. Above normal rainfall was observed over many parts of the southern ASEAN region during the dry season. Intermittent dry periods in early to mid-August 2022 led to an escalation in hotspot and smoke haze. However, the risk of transboundary haze remained low for the Southern ASEAN region. Overall hotspot count for the Southern ASEAN region was around 12% lower in 2022 compared to 2021 between January and September. For the rest of the year, La Niña conditions are forecast to persist and the negative phase of the IOD is expected to weaken. Hotspot activities are expected to increase in the Mekong sub-region with the start of its traditional dry season in December 2022. The Meeting noted ASMC’s initiatives in advancing its remote sensing capabilities and haze dispersion modelling system for the monitoring and assessment of the regional fire and haze situation. ASMC informed the Meeting that the ASMC Regional Capability Building Programme will be extended for another 5 years until 2027, with new programmes such as an attachment programme at ASMC, to complement existing workshops.
4. Yang Berhormat, Minister of Development shared that Brunei Darussalam continued to experience good air quality with no transboundary smoke haze for the past year. However, due to the unpredictable weather patterns due to climate change, he urged all AMS need to be prepared to face the eventualities as climate change is real and had evident impacts. This includes stepping up the national and regional efforts to meet up with these eventualities that could result in transboundary haze pollution.
5. The Meeting noted the information presented by Malaysia on the refinement of the Southeast Asia Fire Danger Rating System (SEA FDRS) that comprises three elements: (i) increase in the number of weather stations (ii) redefines the fire danger code for northern Southeast Asia; and (iii) simulation of the 7-day forecast. The Meeting further noted Malaysia’s intention to continue refining the SEA FDRS and promote the usage of the new refinements.
6. The Meeting expressed appreciation for the various initiatives and actions undertaken by ASEAN Member States and the continuous efforts in strengthening national capabilities for action and regional cooperation in assessment, prevention, mitigation and management of land and/or forest fires and the resulting haze. The Meeting highlighted that while La Nina has resulted in mild transboundary haze pollution in the past year, the Meeting recognised that the increasing threat of climate change, such as more frequent or prolonged drought and other extreme weather events, will pose further environmental challenges to the region. The Meeting agreed on the importance of taking strong action to improve vigilance, preventive measures, and immediate fire suppression procedures to mitigate land and forest fires and to minimise the occurrence of transboundary haze during periods of drier weather.
7. The Meeting reaffirmed its commitment towards the full and effective implementation of the ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution as well as developing the new Roadmap on ASEAN Cooperation towards Transboundary Haze Pollution Control with Means of Implementation (Haze-free Roadmap) 2022-2030 and the new ASEAN Peatland Management Strategy (APMS) 2022-2030. The Meeting looked forward to further strengthening and intensifying national efforts, regional and international cooperation through the timely adoption of the new Hazefree Roadmap and new APMS to comprehensively address the root causes of transboundary haze pollution and pursue the overall context of sustainable development for the region.
8. The Meeting guided the ASEAN Task Force on Peatlands (ATFP) and the Committee under the Conference of Parties to the ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution (COM) to leverage on multi-stakeholder engagements. The Meeting highlighted that several transboundary haze pollution challenges can be better addressed with higher levels of commitment and investment. The Meeting welcomed the development of an Investment Framework for a Haze-free, Sustainable Land Management in Southeast Asia to prioritise national and regional actions on haze reduction and enable predictable funding flows and potential for joint programme and project development among ASEAN Member States and other stakeholders.
9. The Meeting looked forward to the finalisation of the Establishment Agreement and Host Country Agreement of the ASEAN Coordinating Centre for Transboundary Haze Pollution Control (ACC THPC) and its operationalisation in Indonesia. The Meeting underscored that a fully-fledged ACC THPC will help to carry out faster and effective coordination and implementation of all aspects of the AATHP with all relevant parties, including through facilitation for a more harmonised response to tackling the transboundary haze pollution problem, and promoting sustainable forest management and peatland conservation. The Meeting acknowledged the contributions of the Interim ACC THPC, including on the consolidation and analysis of national haze monitoring data pending the establishment of the ACC THPC.
10. The Meeting appreciated the collaboration with various partners in implementing long-term programmes namely: Sustainable Use of Peatland and Haze Mitigation in ASEAN (SUPA) and Measurable Action for Haze-Free Sustainable Land Management in Southeast Asia (MAHFSA). The Meeting underlined the need of continued partnerships with ASEAN Partners and other external parties to facilitate better prevention, monitoring, preparedness, and response to the land and/or forest fires through strengthened local, national and regional cooperation framework.
11. The Meeting noted the reports by the Sub-Regional Ministerial Steering Committee on Transboundary Haze Pollution (MSC) and the Sub-Regional Ministerial Steering Committee on Transboundary Haze Pollution in the Mekong Sub-Region (MSC Mekong) in reaffirming their commitment to prepare for the upcoming dry seasons and address specific haze-related issues occurring in the respective sub-regions.
12. The 18th Meeting of the Conference of the Parties to the ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution will be held in 2023 in Lao PDR, back-to-back with the 17th ASEAN Ministerial Meeting on the Environment.
_________________